WCE kini laluan pilihan, kutipan tol Disember catat rekod tertinggi RM16.4 juta
KLANG: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) terus memperkukuh kedudukannya sebagai laluan pilihan utama bagi pengguna. Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh WCE Holdings Bhd (WCEHB), hasil kutipan tol Kumpulan telah meningkat sebanyak 41 peratus pada suku ketiga tahun kewangan 2026 (S3 TK2026).